Home / Trends / Newsroom / Contents

Alami inovasi terhebat di the Taiwan Excellence Pavilion di Malaysia
Date published 2017-08-30

Kuala Lumpur, 11 Julai 2017 Taiwan Excellence Pavilion akhirnya akan tiba ke Malaysia, dan Taiwan telah sedia untuk mempamerkan pilihan produk mereka yang paling inovatif dan terhebat dari negara tersebut buat pertama kali di sini. Lebih 110 barangan dari syarikat-syarikat ternama Taiwan yang telah menerima anugerah akan mengambil bahagian dalam ekspo ini yang akan diadakan di One Utama Shopping Centre dari 12 hingga 16 Julai 2017.

 

Para pengunjung berpeluang menyaksikan dan merasai sendiri produk terbaru dan terkini dari segi rekabentuk dan fungsi, seperti komputer riba, peranti pintar, peralatan senaman, dan barangan kelengkapan rumah. Kesemua jenama di ekspo ini diiktiraf dengan logo Taiwan Excellence, satu simbol inovasi, yang merupakan penghargaan tertinggi yang dianugerahkan kepada barangan Taiwan.

 

Antara barangan ini termasuk yang dikeluarkan oleh jenama Teknologi Komunikasi dan Informasi (ICT) yang dikenali di seluruh dunia seperti Acer, Asus, MSI, dan D-Link. Selain dari itu, terdapat jenama barangan sukan dan riadah seperti Kenda, dan Johnson Fitness, serta produk inovasi seperti Ta-Da Chair dari Step2Gold. Barangan kelengkapan rumah dari jenama FECA, Cashido, dan KSS akan turut membarisi pameran di Taiwan Excellence Pavilion ini.

 

Selain daripada pelbagai barangan, acara ini juga akan menampilkan sesi demonstrasi produk, persembahan kebudayaan, dan hadiah-hadiah bernilai lebih MYR10,000 yang ditaja oleh Asus, Johnson Fitness, dan Adata. Kemasukan ke Taiwan Excellence Pavilion adalah percuma untuk semua.

 

“Kesungguhan dan komitmen Taiwan terhadap penciptaan produk-produk inovatif telah menjulang Taiwan sebagai salah satu pusat inovasi yang terkemuka di dunia, disokong oleh syarikat-syarikat dan jenama-jenama yang berwawasan, dan bakat-bakat tempatan yang pintar,” ujar Tony Lin, Naib Pengarah Eksekutif, Jabatan Pemasaran Strategik TAITRA. “Taiwan Excellence Pavilion membawakan produk Taiwan yang terkini kepada rakyat Malaysia, memberikan peluang terbaik bagi warga Malaysia memahami falsafah fikiran hadapan dan moden Taiwan, digabungkan dengan budaya dan tradisinya.

 

“Kami sangat teruja untuk mengenali barangan-barangan Taiwan yang canggih dan maju ini, dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencuba dan merasa sendiri inovasi dan idea dari Taiwan.  Melalui inisiatif ini, kami mensasarkan untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala antara perniagaan dan pengguna bagi Malaysia dan Taiwan,” kata Ong Yew Chee, Pengarah Unit China, Bahagian Akses Pasaran, Divisyen Akses Pasaran & Kerjasama Antarabangsa, MATRADE.

 

“Sejak tahun 1990-an sehingga 2016, syarikat Taiwan telah membuat pelaburan kumulatif bernilai 12.2 billion Dolar Amerika, kira-kira 52.3 billion Ringgit. Ini meletakkan Taiwan sebagai sumber pelaburan keempat terbesar di Malaysia, yang mencerminkan kekuatan hubungan kedua-dua negara. Malaysia juga telah menunjukkan sokongan yang padu dengan rekod dagangan bilateral meningkat sehingga 14.1 billion Dolar Amerika dalam 2016 sahaja, menjadikan Malaysia rakan niaga kelapan terbesar Taiwan,” kata James Chi-Ping Chang, Wakil Jabatan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia. “Saya percaya kempen Taiwan Excellence ini akan mengukuhkan hubungan niaga antara kedua-dua negara.”

 

 

#      #      #

 

 

Tentang Taiwan Excellence

Simbol Taiwan Excellence menghargai produk-produk Taiwan yang paling inovatif dan yang memberikan nilai yang besar untuk pengguna di seluruh dunia.  Kesemua barangan yang mempunyai simbol ini telah dipilih untuk Anugerah Taiwan Excellence secara khusus berdasarkan kecemerlangan mereka dalam rekabentuk, kualiti, pemasaran, penyelidikan dan pembangunan Taiwan serta pengilangan.  Diasaskan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MOEA), R.O.C. pada 1992, simbol Taiwan Excellence ini diiktiraf oleh 100 negara.

 

clip_image001

Dikelolakan oleh Biro Dagangan Asing, (BOFT), MOEA

Biro Dagangan Asing atau Bureau of Foreign Trade (BOFT) di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MOEA), R.O.C. bertanggungjawab melaksanakan polisi dan peraturan yang mengawal perdagangan luar negeri dan kerjasama ekonomi. Ditubuhkan pada Januari 1969, peranan dan kedudukan BOFT sentiasa diselaraskan untuk memenuhi kehendak ekonomi antarabangsa dan persekitaran perdagangan yang sentiasa berubah-ubah. BOFT telah membimbing dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) dalam pelbagai projek dan aktiviti promosi perdagangan dan aktiviti dalam dan luar negara.  Hasil kerjasama dengan TAITRA untuk beberapa dekad, BOFT sentiasa menggunakan khidmat TAITRA untuk pelbagai projek kerajaan yang kritikal berkenaan perniagaan, perdagangan dan pelaburan, sambil mempromosikan Taiwan di peringkat antarabangsa.

 

 

 

clip_image002 Dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA)

Ditubuhkan pada tahun 1970 untuk membantu promosi perdagangan luar negara,  Jawatankuasa Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) merupakan pertubuhan promosi perdagangan separuh kerajaan bukan berdasarkan keuntungan yang utama di Taiwan. TAITRA ditaja oleh kerajaan, persatuan-persatuan industry, dan beberapa pertubuhan komersil secara bersama-sama untuk membantu perniagaan dan perusahaan Taiwan dengan mengukuhkan dayasaing antarabangsa mereka dan menguruskan masalah yang dihadapi dalam pasaran luar negara.  TAITRA juga mempunyai rangkaian maklumat dan promosi perdagangan yang berpengalaman dengan lebih 1,200 pakar pemasaran antarabangsa yang ditempatkan di seluruh Taipei dan 50 cawangan luar negara di seluruh dunia.  Bersama-sama pertubuhan sekutu, the Taiwan Trade Center (TTC) dan the Taipei World Trade Center (TWTC), TAITRA telah banyak menyediakann peluang-peluang perdagangan melalui strategi promosi yang berkesan.

Contact

 Gary Khoo                               Sharmine Ishak

+603-2718 8903                      +603-2718 8271

gary.khoo@ogilvy.com               sharmine.ishak@ogilvy.com

Previous article

Taiwanese ICT Brands to help realize the “Digital India” dream

2017-08-30

Taiwanese ICT Brands to help realize the “Digital India” dream

Next article

Experience groundbreaking innovation  at the Taiwan Excellence Pavilion in Malaysia

2017-08-30

Experience groundbreaking innovation at the Taiwan Excellence Pavilion in Malaysia